UniSZA Sentiasa Dalam Kenangan

Ingat lagi ketika mula-mula keluar keputusan UPU dahulu. Aku antara orang yang tak berapa semangat nak semk keputusan UPU. Tetapi tidak mengapa, tetap gagahkan diri juga untuk hadap benda-benda gini. Iya lah kan, siapa sahaja tidak mengimpikan masa depan yang indah dan bahagia. Semua mengimpikan yang terbaik buat dirinya. Seingat aku, UniSZA adalah pilihan aku yang keenam dalam UPU. Sesuai dengan takdirNya, aku direzekikan untuk terpilih untuk menjadi mahasiswa UniSZA. 5 Jun 2017 menjadi tarikh yang paling aku ingat sampai sekarang sebab banyak mengubah sikit. Rezeki Tuhan siapa tahu aku daftar sebagai mahasiswa UniSZA pada tarikh 5 Jun 2017 tersebut. Banyak sebenarnya kelebihan kalau anda yang membaca ini jikalau ditempatkan di UniSZA. Jangan pernah menyesal!


Gambar semasa pendafataran Diploma 2017



KELEBIHAN UniSZA :

1) Kemudahan asrama

Ingat lagi dulu, lepas sahaja daftar akademik di dewan semua kena daftar asrama di pejabat asrama lah. Aku mula mikir dah, bila sebut asrama ini mesti macam sekolah kan. Duduk satu bilik berbelas-belas orang, nak mandi, nak guna tandas mesti kena keluar bilik kemudian pergi dekat tengah-tengah lorong atau hujung sekali. Tetapi, bila selesai sahaja daftar asrama, rupanya sangkaan aku salah lah. UniSZA seolah-olah nak ajar student hidup berdikari macam di rumah sewa dah siap-siap hah. Konsep asrama atau kolej kediamannya bukan macam di sekolah dulu haha. Begini, asramanya macam rumah. Dalam rumah ada 6 bilik, 1 bilik 2 orang sahaja yang duduknya hah. Kiranya dalam rumah itu ada 12 orang penghuni. Dapur jugak ada dalam rumah itu. Tetapi tidaklah macam dapur masak, sekadar nak letak pinggan, basuh pinggan, guna heater sahaja. Bilik air ada 3, tandas pun ada 3. Menarik lah. Mahasiswa lelaki tak perlu risau sebab memang akan ditempatkan di asrama sebegini, cumanya perempuan lah. Hanya di blok baru sahaja sebegini, tetapi jangan risau sebab blok lama pun tak kurang hebatnya




2) Suasana yang tenang

UniSZA antara bestnya ialah suasana sekelilingnya tidak terlalu sibuk. Kita yang duduk di sana pun tumpang tenang sekali. Keluar pintu depan utama dah macam kampung pekan sikit dah. Banyak kedai runcit, McD, KFC, kedai makan itu ini, taman perumahan betul-betul disebelahnya. Keluar pintu belakang pun macam tu, kedai motor belambak, kedai gunting rambut, kedai makan, kedai runcit. Siapa yang pernah duduk di bandar mesti akan rasakan suatu kelainan bila berada di UniSZA ini. Sebenarnya area UniSZA sahaja ada 3 pantai. Pantai Tok Jembal, Pantai Mengabang Telipot, Pantai Batu Burok (jauh sikit di bandar). Kalau rasa boring-boring, stress, nak ambil udara segar, nak amek gambor yang pemandangan comey-comey memang kenalah citarasanya dengan UniSZA.



3) Kemudahan Wifi dimana-mana

Pergilah dekat bahagian mana-mana pun, mesti dapat akses internet guna wifi. Di kafe, perpustakaan, kelas, dewan gym, tambah tambah di asrama lagilah mudah nak akses wifi. Jimat perbelanjaan kita satu, mudah nak cari maklumat siapkan tugasan itu pun satu. Dekat situ kita dapat kemudahan yang mungkin tak ramai yang dapat.

4) Dekat dengan bandar

Tipulah kalau kata duduk di UniSZA tapi tak pernah ke bandar. Bandar Kuala Terengganu tidaklah jauh mana, sekitar 15-20 minit sahaja. Kita nak cari barang keperluan, beli itu ini, ke stesen bas, termasuk nak ke kawasan pelancongan banyak ada di bandar. 

5) Pengurusan yang cekap

Takyah gi jauh-jauh, baru-baru ini tentang isu covid-19 pun dah nampak kecekapan dan kecaknaan UniSZA macam mana. UniSZA antara yang sentiasa jaga kebajikan pelajarnya sehinggakan yang ada di rumah sewa pun dipastikan cukup bekalan makanan. Tiap-tiap minggu pasti ada wakil pengurusan termasuklah wakil pelajar daripada MPP sendiri yang akan turun nak hantar bekalan makanan kepada setiap pelajar yang terkandas di sekitar UniSZA akibat covid-19 ini. Tidak cukup dengan ini, UniSZA dah buat persediaan rapi untuk memastikan setiap pelajar yang tidak dapat balik ke kampung ini supaya dapat balik bertemu keluarga masing-masing dalam keadaan selamat. Pemeriksaan itu ini dibuatnya, sama ada di bas, asrama dan lain-lain lagi. Itu belum cerita lagi apabila pihak pengurusan UniSZA ini handle program yang besar-besar. Sangat cekap dan teratur. Kita boleh nampak semasa Majlis Konvokesyen tahunan. Sudahlah sambutannya meriah, perjalanannya majlis pun nampak tenang teratur je. Belum lagi cerita di bahagian akademik pulak. Hahah. Kesimpulannya, pengurusan UniSZA sangat-sangat memuaskanlah!

6) Ilmu agama

Ini sebenarnya point yang utama iaitu majlis ilmu di sekitar UniSZA terlalu banyak. Setidaknya dapat buat bekal untuk balik berbakti kepada masyarakat dapat amik manfaat. Pelajar yang amik jurusan selain jurusan agama pun boleh tumpang sekali. Tidak perlu jauh-jauh, kampung di belakang UniSZA sendiri pun dah banyak pengajian ilmu agama. Tak nanti di kampung tu, bahkan masjid UniSZA sendiri penuh dengan taman-taman syurga hah, bahkan yang bergerak hasil usaha sesama pelajar sendiri pun belambak dan banyak. Tidak rugi pun jikalau ditempatkan di syurga. 

Banyak lagi kelebihan UniSZA yang hendak diceritakan. InsyaAllah di lain masa. Doakan yang berkongsi ini turut berjaya menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda di UniSZA yang berbaki lebih kurang setahun lebih! 






Comments